BALAI SENI NEGERI
بالاي سني نڬري |
Bangunan ini pada asalnya dibina khas untuk Mahkamah Besar pada 1912 dan dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Bangunan ini merupakan bangunan kerajaan moden terawal dibina di Bandar Alor Setar. Ketua pembinaannya ialah Muhammad bin Lebai Thambi, Arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri.
Pembinaannya bermula pada 21 Januari 1893. Sempena perayaan menyambut Perayaan Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1985-1983), bangunan ini dijadikan Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983 dan dibuka kepada orang ramai untuk dilawati. Balai Seni Negeri menghimpunkan koleksi-koleksi hail seni khasnya anak tempatan Kedah iaitu dari golongan pelukis veteran dan pelukis muda yang diantaranya telah berjaya mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa. Selain Seni Lukis, Seni Ukiran Kayu dan Seni Khat juga turut dipamerkan.
Balai Seni Negeri Kedah, Medan Bandar
Jalan Raja, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telefon : 604-7325752
Faks : 604-7305309