UNIT PAMERAN DAN PENDIDIKAN
Visi
Menjadi satu unit yang terbaik di Muzium Negeri Kedah dan cawangan.
Misi
Menguruskan pameran bahan-bahan sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi Negeri Kedah.
Mengadakan pameran-pameran menarik secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat cinta kepada Negeri dan Negara.
Objektif
- Mengurus serta merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti Muzium Negeri Kedah dan cawangan di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman.
- Menyimpan dan mempamer secara sistematik barang-barang lama dan baru yang mempunyai nilai-nilai sejarah dan budaya.
- Menjalankan penyelidikan dan pameran di dalam semua bahagian kebudayaan negeri dan alam sekelilingnya supaya maklumat dapat disebarkan kepada orang ramai.
- Menjadikan muzium di Negeri Kedah sebagai salah satu destinasi serta produk pelancongan.
BIDANG FUNGSI TUGAS UNIT PAMERAN DAN PENDIDIKAN
Pameran
- Unit Pameran menjadi penggerak atau pelaksana utama dalam mencorakkan sesebuah pameran di Muzium Negeri Kedah dan cawangannya.
- Bertanggungjawab keatas pameran tetap, pameran sementara, pameran khas dan pameran bergerak di Muzium Negeri Kedah.
- Mengenalpasti jenis dan tema pameran tetap, pameran sementara dan pameran khas berdasarkan koleksi bahan-bahan muzium bertujuan untuk mempromosikan bahan muzium dan menyebarkan maklumat mengenainya kepada masyarakat.
- Bertanggungjawab merancang, mengenalpasti dan menyediakan konsep pameran dengan berdasarkan kepada skop dan jalan cerita (story-line), tajuk pameran, jenis pameran, lokasi pameran, anggaran kos dan pemilihan jawatankuasa untuk sesuatu pameran yang akan diadakan.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan susunatur peragaan pameran, penyalinan bahan-bahan pameran, panel dan showcase pameran, pemilihan artifak dan kapsyen sebelum sesuatu pameran diadakan.
- Bertanggungjawab mengadakan pameran secara kerjasama dengan agensi-agensi luar samada dari pihak kerajaan, swasta dan sebagainya di Muzium Negeri Kedah.
- Bertanggungjawab meminjam bahan pameran dari muzium-muzium di Malaysia untuk tujuan mempamerkan pameran tersebut di Muzium Negeri Kedah.
- Merancang dan menyediakan kertas konsep, skop, jalan cerita dan tajuk pameran berdasarkan tema, jenis pameran, lokasi dan tapak pameran serta menyediakan anggaran kos.
- Menjalankan penyelidikan dan pemilihan bahan-bahan berdasarkan kesesuaian konsep pameran serta penyediaan kapsyen pameran.
- Menyediakan poster, risalah dan katalog pameran dalam bentuk bercetak dan digital.
- Mengurus penyediaan inventori bahan dan kapsyen, pembungkusan dan penyimpanan serta pemeliharaan bahan pameran.
- Memberi khidmat rundingan dan perkhidmatan pinjaman bahan pameran kepada sekolah, IPTA, IPTS, sektor awam dan swasta.
- Menaiktaraf pameran serta hiasan pameran.
- Mengurus penyalinan bahan kepada bentuk digital dan bekerjasama dengan Unit Teknologi Maklumat bagi mengadakan pameran online.
- Bertanggungjawab dalam tugasan pemantauan galeri pameran di Muzium Negeri Kedah dan cawangannya untuk memastikan keselamatan pameran.
- Bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyediaan pameran, pemasangan pameran dan pembubaran pameran.
- Bertanggungjawab menyediakan senarai semak bahan-bahan pameran, risalah, peralatan dan lain-lain keperluan pameran yang diperlukan.
Pendidikan
- Melaksanakan pelbagai program pendidikan dan khidmat seranta bagi menyebar luas penerangan berkaitan sejarah dan kebudayaan di Malaysia khasnya dan kebudayaan Negeri Kedah amnya.
- Memberi peluang kepada masyarakat bagi mempelajari sejarah dan kebudayaan Negeri Kedah dan kebudayaan di Malaysia di pameran tetap, pameran sementara dan pameran khas.
- Memberi khidmat nasihat untuk aktiviti pendidikan.
- Memberi khidmat lawatan berpandu ke pameran tetap Muzium Negeri Kedah dan cawangannya.
- Mengadakan aktiviti pendidikan dan program awam untuk pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan.
- Bertanggungjawab membuat pameran di sekolah, IPTA, IPTS, sektor awam dan swasta.
- Bertanggungjawab menjadikan muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal dalam pengajaran & pembelajaran subjek sejarah.
- Bertanggungjawab menyelaras sukarelawan muzium.
Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan dan urusan berkenaan pameran, sila hubungi:
En. Mohd Fauzi bin Salikun (Penolong Kurator) fauzisalikun[at]muziumkedah.gov.my