MONUMEN ARTIKEL

Written by akiff on . Posted in Uncategorised

MONUMEN

Menurut Akta Warisan Kebangsaan 2005, monumen dikategorikan sebagai kerja senibina, membuat arca atau mengecat monumen. Elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi atau gabungan ciri-ciri yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari segi sejarah, seni dan juga sains.

Tidak dinafikan bahawa Kedah mempunyai banyak monumen bersejarah namun beberapa peraturan dan prosuder perlu dipatuhi bagi membolehkan sesebuah monumen dipantau oleh pihak Muzium Negeri kedah supaya sebarang konflik dapat dielakkan. Antaranya :

  1. Perlu pastikan status hak milik tanah.
  2. Undang-undang yang berkaitan seperti Akta Kerajaan Tempatan ( Akta 171 ), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) dan Akta Warisan Kebangsaan 2005 ( Akta 645 ) dipatuhi.
  3. Perlu lakukan kajian latar belakang monumen.
  4. Perlu kemukakan cadangan serta dapatkan persetujuan Lembaga Muzium Negeri Kedah untuk menyenaraikan monumen ke senarai yang sedia ada kerana akan membabitkan kos penjagaan dan sebagainya.

Muzium Negeri Kedah melalui Unit Konservasi dan Monumen bertanggungjawab mengawasi kerosakan pada monumen selain memantau kebersihan kawasan sekitar monumen. Sehingga sekarang terdapat 7 buah monumen telah dikawal selia dari semasa ke semasa iaitu :

  1. Makam Puteri Lindungan Bulan, Mukim Siputih, Padang Sera, Kodiang, Kedah.
  2. Makam Tunku Anum, Kampung Raja, Pulau Pisang, Jitra , Kedah.
  3. Batu Terat ( Sempadan ), Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan, Padang Serai, Kulim, Kedah.
  4. Batu tanda Terusan Wan Mat Saman, kaki Gunung Jerai, Kedah.
  5. Makam Sultan Muhyiddin Mansor Shah, Kampung Chegar, Mukim Jeram, Tunjang, Kubang Pasu, Kedah.
  6. Makam Diraja Kedah, Kampung Kota, Seberang Perai, Pulau Pinang.
  7. Pusara Allahyarham Wan Yunus dan Allahyarham Tuan haji Saleh Penaga, Jalan Raja ( tepi Sungai Kedah berhampiran Balai Bomba Jalan Raja ).

 

          1     3     5     batu terat 1 

          ( Makam Sultan Muhyiddin Mansor Shah )                    ( Makam Tunku Anum )                          ( Makam Puteri Lindungan Bulan )                                ( Batu Terat )

        

          makam kota perai     wan mat saman      images      makam ulama tepi sungai sebelah tugu jepun tuan hj muhamad sallehpenaga 1853 1879 1

             ( Makam Diraja Kedah, Pulau Pinang )             ( Batu Tanda Terusan Wan Mat Saman )                    ( Pusara Allahyarham Wan Yunus dan Allahyarham Tuan Haji Saleh )

 

 

 

 

 

 

 

PERASMIAN JAMBATAN WAN MUHAMMAD SAMAN

 

 

       Jambatan Wan Muhammad Saman telah dirasmikan pembukaannya pada hari Rabu,14 Julai 1927 ( 3 Muharam 1345) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Halim Shah, Sultan Kedah Darul Aman ke-26 (1882-1943). Jambatan batu ini dibina bagi mengantikan jambatan lama yang merentangi Sungai Kedah untuk menyambungkan Jalan Sungai Korok dan Jalan Raja. Nama jambatan itu mengambil sempena nama Perdana Menteri Kedah yang meninggal dunia pada 1898 kerana kejayaannya dalam projek pembinaan terusan sepanjang 35 kilometer yang dikenali sebagai Sungai Korok (terusan) Wan Mat Saman. Antara kenamaan yang hadir dalam upacara tersebut ialah YTM Tunku Mahmud (Timbalan Presiden Majlis Negeri) dan Tuan T.W. Clayton, Penasihat British di Kedah.

       Jambatan ini kekal sehingga 12 Disember 1941 sebelum dimusnahkan oleh tentera British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selepas tamat perang, diatas runtuhan jambatan itu juga telah didirikan jambatan sementara iaitu Jambatan Balley yang kerangkanya diperbuat daripada besi dan lantainya dari kayu. Dalam tahun 1965, pembinaan sebuah jambatan telah dimulakan. Pada 22 November 1967, upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Almarhum DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan nama baginda telah diabadikan kepada jambatan yang baru ini.

Upacara perasmian Jambatan Wan Muhammad Saman pada 14 Julai 1927

Jambatan Balley

*Rujukan : Dato' Wan Shamsudin bin Mohd Yusof

 

 

 

 

 

 

 

 

TUNKU MOHD YATIM DIHUKUM GANTUNG

 

 

                  Pada tarikh 2 Julai 1906, seorang kerabat diraja Kedah telah menjalani hukuman gantung sampai mati selepas 5 hari Mahkamah Tinggi Alor Setar menjatuhkan hukuman iaitu pada 27 Jun 1906. Kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Tunku Mohd Yatim bersama dua orang sahabatnya amat berat kerana mereka telah menembak mati seorang ceti India. Walaupun mempunyai pertalian keluarga dengan pemerintah Kedah ketika itu iaitu Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, namun baginda sendiri tidak sama sekali menggunakan kuasa untuk tidak berlaku adil walaupun melibatkan keluarga sendiri.

                    Sebelum hukuman dilaksanakan, pesalah diarak mengelilingi bandar dalam pakaian serba hitam bertujuan memberi pengajaran kepada orang ramai. Pelaksanaan hukuman di hadapan orang ramai di satu tempat khas di Jalan Langgar. Turut hadir sama menyaksikan hukuman tersebut ialah YTM Raja Muda Kedah iaitu almarhum Tunku Abdul Aziz. Lorong menuju ke tempat pelaksanaan hukuman itu akhirnya dinamakan Lorong Penggantungan, namun kemudiannya ditukar kepada Lorong Keriang (bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma).

                    Menurut catatan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ketika kes itu sedang dibicarakan, kawasan Mahkamah Tinggi telah dibanjiri oleh kumpulan ceti termasuklah yang datang dari Pulau Pinang sehingga menyebabkan seluruh hotel di bandar Alor Setar habis ditempah oleh mereka.

                       

*Rujukan : Oleh Dato Wan Shamsudin bin Mohd Yusof

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ucapan perutusan

Written by akiff on . Posted in Uncategorised

                                                 65757023 2840420319333212 8917270344734081024 n