teras penyelidikan 01

UNIT PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

Penyelidikan adalah salah satu bidang teras dalam perkhidmatan Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman (LMNK) yang memainkan peranan penting ke arah mencapai visi LMNK untuk MENJADI AGENSI PENGURUSAN BAHAN WARISAN YANG TERUNGGUL DI MALAYSIA melalui kegiatan penyelidikan dan penerbitan ilmiah yang tersusun dan terancang. Penyelidikan yang dijalankan di LMNK terdiri daripada penyelidikan berkaitan Bangunan/ Monumen/ Tapak Tanah Bersejarah, Bahan dan Artifak, Tokoh, dan Kebudayaan.

Terdapat 3 jenis penyelidikan yang dijalankan di LMNK iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh kakitangan LMNK sendiri, penyelidikan yang dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak luar dan penyelidikan yang dijalankan oleh pihak luar untuk LMNK.

Bahagian Penyelidikan berperanan mengukuh dan mengembangkan bidang penyelidikan, dokumentasi dan penerbitan bagi memartabatkan fungsi LMNK sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan dalam bidang warisan, sejarah dan budaya negeri Kedah Darul Aman.

Terdapat 2 unit utama di bawah Bahagian Penyelidikan iaitu:-

Unit Penyelidikan dan Penerbitan;

  • berperanan merangka, merancang, menyediakan, membangunkan, menyelaras dan menilai perancangan srategik penyelidikan.
  • menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyelidikan bagi menghasilkan proses penyelidikan yang sistematik dan hasil penyelidikan yang berkualiti.
  • serta menyelaras dan memantau penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik dalam dan luar.
  • bertanggungjawab menyelaras segala urusan penerbitan am dan khas, meliputi hasil kajian, penyelidikan, artikel dan karya kakitangan mahupun pihak luar agar dapat dimanfaatkan oleh orang ramai
  • memastikan setiap penerbitan Jabatan mengikut dasar dan garis panduan penerbitan yang telah ditetapkan.

Unit Perpustakaan;

  • berperanan mengumpul, menyusun, mengurus, menyimpan dan menyelaras data/ maklumat, keterangan atau bahan menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan bagi tujuan rujukan, rekod, proses akhir (penerbitan, laporan dan lain-lain).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-

En. Zulkhiberi bin Mat
Emel: zulkhiberi[at]muziumkedah.gov.my
Penolong Kurator Kanan

En. Mohd Fauzi bin Sulaiman
Emel: fauzisulaiman[at]muziumkedah.gov.my
Pembantu Muzium Kanan

Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan
Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
Tel: +604-733 1162 samb. 113/114
Faks: +604- 7305 100

Sila Muat Turun Borang Permohonan Penyelidikan Di Sini