teras pameran 01

UNIT PAMERAN DAN PENDIDIKAN

Visi
Menjadi satu unit yang terbaik di Muzium Negeri Kedah dan cawangan.

Misi

Menguruskan pameran bahan-bahan sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi Negeri Kedah.

Mengadakan pameran-pameran menarik secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat cinta kepada Negeri dan Negara.

Objektif

  • Mengurus serta merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti Muzium Negeri Kedah dan cawangan di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman.
  • Menyimpan dan mempamer secara sistematik barang-barang lama dan baru yang mempunyai nilai-nilai sejarah dan budaya.
  • Menjalankan penyelidikan dan pameran di dalam semua bahagian kebudayaan negeri dan alam sekelilingnya supaya maklumat dapat disebarkan kepada orang ramai.
  • Menjadikan muzium di Negeri Kedah sebagai salah satu destinasi serta produk pelancongan.

BIDANG FUNGSI TUGAS UNIT PAMERAN DAN PENDIDIKAN

Pameran

  1. Unit Pameran menjadi penggerak atau pelaksana utama dalam mencorakkan sesebuah pameran di Muzium Negeri Kedah dan cawangannya.
  2. Bertanggungjawab keatas pameran tetap, pameran sementara, pameran khas dan pameran bergerak di Muzium Negeri Kedah.
  3. Mengenalpasti jenis dan tema pameran tetap, pameran sementara dan pameran khas berdasarkan koleksi bahan-bahan muzium bertujuan untuk mempromosikan bahan muzium dan menyebarkan maklumat mengenainya kepada masyarakat.
  4. Bertanggungjawab merancang, mengenalpasti dan menyediakan konsep pameran dengan berdasarkan kepada skop dan jalan cerita (story-line), tajuk pameran, jenis pameran, lokasi pameran, anggaran kos dan pemilihan jawatankuasa untuk sesuatu pameran yang akan diadakan.
  5. Bertanggungjawab dalam menyediakan susunatur peragaan pameran, penyalinan bahan-bahan pameran, panel dan showcase pameran, pemilihan artifak dan kapsyen sebelum sesuatu pameran diadakan.
  6. Bertanggungjawab mengadakan pameran secara kerjasama dengan agensi-agensi luar samada dari pihak kerajaan, swasta dan sebagainya di Muzium Negeri Kedah.
  7. Bertanggungjawab meminjam bahan pameran dari muzium-muzium di Malaysia untuk tujuan mempamerkan pameran tersebut di Muzium Negeri Kedah.
  8. Merancang dan menyediakan kertas konsep, skop, jalan cerita dan tajuk pameran berdasarkan tema, jenis pameran, lokasi dan tapak pameran serta menyediakan anggaran kos.
  9. Menjalankan penyelidikan dan pemilihan bahan-bahan berdasarkan kesesuaian konsep pameran serta penyediaan kapsyen pameran.
  10. Menyediakan poster, risalah dan katalog pameran dalam bentuk bercetak dan digital.
  11. Mengurus penyediaan inventori bahan dan kapsyen, pembungkusan dan penyimpanan serta pemeliharaan bahan pameran.
  12. Memberi khidmat rundingan dan perkhidmatan pinjaman bahan pameran kepada sekolah, IPTA, IPTS, sektor awam dan swasta.
  13. Menaiktaraf pameran serta hiasan pameran.
  14. Mengurus penyalinan bahan kepada bentuk digital dan bekerjasama dengan Unit Teknologi Maklumat bagi mengadakan pameran online.
  15. Bertanggungjawab dalam tugasan pemantauan galeri pameran di Muzium Negeri Kedah dan cawangannya untuk memastikan keselamatan pameran.
  16. Bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyediaan pameran, pemasangan pameran dan pembubaran pameran.
  17. Bertanggungjawab menyediakan senarai semak bahan-bahan pameran, risalah, peralatan dan lain-lain keperluan pameran yang diperlukan. 

 

Pendidikan

  1. Melaksanakan pelbagai program pendidikan dan khidmat seranta bagi menyebar luas penerangan berkaitan sejarah dan kebudayaan di Malaysia khasnya dan kebudayaan Negeri Kedah amnya.
  2. Memberi peluang kepada masyarakat bagi mempelajari sejarah dan kebudayaan Negeri Kedah dan kebudayaan di Malaysia di pameran tetap, pameran sementara dan pameran khas.
  3. Memberi khidmat nasihat untuk aktiviti pendidikan.
  4. Memberi khidmat lawatan berpandu ke pameran tetap Muzium Negeri Kedah dan cawangannya.
  5. Mengadakan aktiviti pendidikan dan program awam untuk pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan.
  6. Bertanggungjawab membuat pameran di sekolah, IPTA, IPTS, sektor awam dan swasta.
  7. Bertanggungjawab menjadikan muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal dalam pengajaran & pembelajaran subjek sejarah.
  8. Bertanggungjawab menyelaras sukarelawan muzium.

Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan berkenaan pameran, sila hubungi:

En. Mohd Fauzi bin Salikun (Penolong Kurator) fauzisalikun[at]muziumkedah.gov.my