teras konservasi 01

UNIT KONSERVASI DAN MONUMEN

Unit Konservasi dan Monumen Muzium Negeri Kedah bertanggungjawab memastikan setiap koleksi (galeri pameran dan setor koleksi) Muzium Negeri Kedah meliputi Muzium Negeri Kedah, Muzium Di Raja, Balai Seni Negeri, Memorial Tunku Abdul Rahman dan Muzium Padi berada dalam keadaan baik dan terpelihara.

FUNGSI

  1. Melaksanakan kerja penyelidikan, pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi bagi tujuan pameran, simpanan, pendidikan dan pendokumentasian.
  2. Pemantauan sistem kawalan persekitaran-suhu, kelembapan, pencahayaan dan makhluk perosak di setor dan galeri-galeri pameran.

PERANAN UNIT KONSERVASI DAN MONUMEN

  1. Memastikan artifak sentiasa berada di dalam keadaan terbaik dan selamat.
  2. Mengambil segala bentuk pencegahan yang boleh meminimumkan risiko kemusnahan artifak di galeri-galeri pameran dan setor koleksi.
  3. Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk artifak dengan mengawal sistem pencahayaan, kelembapan, pencemaran dan serangan makhluk perosak di galeri-galeri pameran dan stor koleksi.
  4. Menjalankan penyelidikan khusus terhadap subjek konservasi.
  5. Merawat objek yang mengalami kerosakan bertujuan menghentikan atau merencat proses kerosakan ke atas objek tersebut.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG:

PUAN RAHIMAH BINTI MAT
Unit Konservasi dan Monumen
d/a Muzium Diraja Negeri Kedah
Medan Bandar 05000
Alor Setar, Kedah Darul Aman

TEL: 04-732 7937
FAX: 04-730 5182
Email: rahimahmat[at]muziumkedah.gov.my