teras perpustakaan 01

 

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

 

Pengenalan

Perpustakaan Lembaga Muzium Negeri Kedah merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam usaha menyediakan maklumat dengan membekalkan bahan-bahan rujukan serta bacaan. Perkhidmatan ini disediakan khas untuk kakitangan dan juga orang awam khususnya pelajar serta penyelidik. Perpustakaan juga memiliki pelbagai jenis majalah dan akhbar yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan.

Koleksi Perpustakaan

Sehingga kini, terdapat 6, 000 koleksi yang merangkumi bahan-bahan seperti berikut:

  1. Monograf
  2. Seminar/ kertas kerja/ persidangan/ symposium/ tesis
  3. Akta
  4. Terbitan Kerajaan/ laporan tahunan
  5. Keratan akhbar
  6. Terbitan Bersiri

Perkhidmatan

Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat , Perpustakaan Lembaga Muzium Negeri Kedah juga menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:

  1. Peminjaman dan pemulangan buku (kakitangan sahaja)
  2. Perkhidmatan fotokopi
  3. Penjualan bahan-bahan terbitan Lembaga Muzium Negeri Kedah (buku)

 Waktu Operasi

Ahad hingga Khamis: 8.30 pagi – 4.30 petang

Ditutup pada hari Jumaat, Sabtu dan Hari Kelepasan Am

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pn. Masriyah binti Musa - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

En. Khairil Izuan bin Che Hashim - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Pembantu Pustakawan Unit Perpustakaan, Lembaga Muzium Negeri Kedah

Tel: 04-7331162 ext: 108 Fax: 04-7305100