Profil Korporat

Lembaga Muzium Negeri Kedah merupakan Badan Berkanun Negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang ditugaskan untuk menjaga serta memartabatkan sejarah dan warisan Negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya. Selain itu, Lembaga Muzium Negeri Kedah juga turut memainkan peranan bagi memastikan sejarah dan warisan Negeri Kedah dikenali di seluruh Malaysia dan seterusnya ke seluruh dunia.

Lembaga Muzium Negeri Kedah juga turut melibatkan diri kepada masyarakat melalui beberapa program, pameran dan aktiviti disamping menyampaikan maklumat mengenai sejarah dan warisan Negeri Kedah. Lembaga Muzium Negeri Kedah turut terlibat di dalam program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah di dalam atau luar Negara dalam mempromosikan pelancongan dan sejarah Negeri Kedah.

Lembaga Muzium Negeri Kedah sentiasa memastikan dan memperbaiki mutu kerja mengikut peredaran zaman teknologi semasa bagi menghasilkan produktiviti yang lebih baik serta menjalinkan kerjsama dengan agensi kerajaan yang lain dan syarikat swasta dalam memartabatkan sejarah dan warisan Negeri Kedah ke persada dunia dan membantu Kerajaan Negeri Kedah dalam mencapai slogan “Kedah Aman Makmur - Harapan Bersama Makmurkan Kedah”.